Sejarah FedEx Ground

Setelah mula beroperasi pada 11 Mac 1985, RPS mengembangkan perkhidmatannya dari yang awalnya hanya untuk negara-negara bahagian Atlantik Tengah hingga menjadi anak syarikat terbesar dari induknya, Roadway Services dari Akron. Pada tahun 1996, RPS berkembang ke seluruh Amerika Syarikat dan Kanada. Pada ketika itu, Roadway Services telah diubah menjadi sebuah syarikat induk dengan nama Caliber System, Inc.

Pada tahun 1997, Fred Smith, pengasas FedEx, menghubungi Dan Sullivan, salah seorang pengasas RPS dan kini menjadi presiden Caliber System, untuk berbincang mengenai kemungkinan penggabungan FedEx dengan Caliber System.[1] Caliber System akhirnya diperolehi oleh FedEx pada Januari 1998.

Pada tahun 2000, FedEx menggabungkan anak syarikat Caliber System ke FedEx, dengan Roberts Express bertukar nama kepada FedEx Custom Critical dan RPS bertukar nama kepada FedEx Ground. Viking Freight kemudian juga dinamakan FedEx Freight pada tahun 2001.

FedEx Ground kini menyediakan perkhidmatan pengantaran pakej kecil dalam tempoh 1-5 hari ke seluruh Amerika Syarikat dan Kanada. Sebelum ini syarikat ini juga menyediakan khidmat penghantaran ke Puerto Rico, namun dihentikan pada tahun 2009. Syarikat ini juga menawarkan sebuah perkhidmatan khusus yang diberi nama FedEx Home Delivery, yang dapat menyediakan khidmat penghantaran ke seluruh alamat rumah di Amerika Syarikat.